Perbezaan BabyFaz dengan Online Fashion yang lain…

Hi,

hari ni, kita nak cakap pasal perbezaan antara BabyFaz dengan Online Fashion yang lain. Sebab kenapa kita pilih topik ni sebab kita selalu diaju soalan ‘Bernas’ ni..

Perbezaan Pertama: Kita pilih…. ingat ek.. PILIH!!… P.I.L.I.H… baju-baju yang kita rasa cantik, selesa dan boleh di pakai oleh semua orang, tak kira bertudung, bertopi.. tak bertudung.. tak bertopi.. pendek kata, semua boleh pakai. Jadi collection kita mengambil berat aspek-aspek tu. Online Fashion lain tangkap muat semuanya. Dia memikirkan kuantiti penjualan dari kualiti jualan. Ingat ya.. KUALITI (In english its Quality!!).

Perbezaan Kedua: Apabila kita hantar pakaian yang dibeli oleh awak semua, kita packingkan cantik – cantik.. sebab sesuai dengan moto BabyFaz, iaitu “It’s Private!!”. Contoh packing kita adalah seperti gambar dibawah.. (ini adalah gambar sebenar ya..)

Ini adalah untuk mereka yang beli 1 – 2 item BabyFaz. Kalau yang beli lebih tu, kita akan sertakan dengan beg shopping exclusive BabyFaz.. Beg shopping ni adalah beg shopping eco-friendly yang ditempah khas untuk customer BabyFaz. Next posting kita upload gambar ye.

Online Fashion yang lain tu, dia masukkan dalam plastik biasa je. Paling tidak, disertakan dengan kotak official Pos Laju Malaysia ataupun courier service yang lain.

Perbezaan yang Ketiga: Kita memberikan tips – tips fashion kepada pelanggan BabyFaz menerusi weblog ni, ataupun menerusi chatting bersama Fazlina di Facebook.. (ingat lagi posting ‘Hobit!!??”). Online Fashion yang lain tidak bersusah payah dalam hal tu.

Perbezaan yang Keempat: BabyFaz mengutamakan ‘Customer Satisfaction’.. Kalau rosak ataupun tak muat, boleh tukar.. Kita bagi.. Fashion Online lain… Lantak korang la… Kalau tak muat, tak boleh tukar.. tak bagos!!..

Perbezaan yang KeLima: Harga BabyFaz memang tinggi sedikit sekiranya dibandingkan dengan fashion Online yang tak mengendahkan kepentingan pelanggan semua.. Tapi kalau nak diikutkan, harga BabyFaz dengan Fashion Online lain, tak jauh bezanya.. harga listing memang la murah, tapi bila dah masuk conversion USD kepada RM, shipping, cukai, packaging dan service… you all fikirlah sendiri, samada berbaloi tak.

Kesimpulannya, BabyFaz pentingkan kualiti produk dan kepuasan pelanggan BabyFaz. Kita sendiri ambil berat dan prihatin terhadap keluhan – keluhan (dalam hal fashion laa) pelanggan kita. Kalau yang mana yang dah pernah membeli produk BabyFaz, mereka akan tahu, yang kita sendiri yang melayan order diaorang. Bukan mesin!!..

Walaubagaimanapun, walau apa pun orang nak kata, kita akan teruskan usaha kita untuk memajukan brand BabyFaz, dan akan meneruskan khidmat kita didalam memberi nasihat supaya awak semua meletup dari segi pemakaian.. Kita mengalu-alukan sebarang cadangan atau komen tentang posting ni, maupun produk-produk yang sedia ada atau yang pernah diperagakan. Kalau tak puas hati, tulis terang – terang… jangan simpan ‘meta tag’ dalam hati..

Sekian buat kali ni. Kepala kita dah migrain.. Nanti kita posting lagi..

Mintak diri dulu..

Sayang awak semua.

Terminologi: Fashion Hobit!!

Kita dapat terminologi ni pun daripada a group of my friends from Singapore.. It started from bila kita tengok seseorang tu pakai baju dan accessories yang melampau, seolah-olah macam Christmas Tree gitu!!.. Color baju yang tak kena dengan skin tone, example, orang tu gelap (no offense!!) tapi pakai baju shocking orange.. Nampak macam orang tu chocolate bar la pulak.. baju dia tu macam wrapping, yang orangnya tu macam coklatnye… Ini contoh sahaja ye.. So bila kita nampak orang2 bergaya begitu, kita kategorikan fesyen diaorang tu sebagai Hobit.. macam tak kena gitu.. Perkataan Hobit tu pun datang dari cerita Lord of the Rings..

Contoh Fesyen Hobit yang kita sendiri terpaksa pakai (atas sebab2 tugas!!) adalah seperti gambar ini!!..

Kenapa kita kata ini Hobit, sebab semuanya terlebih!!.. Make-up terlebih, rambut terlebih, accessories terlebih, pendek kata, kita rimas la masa pakai baju ni..

Cara Penyelesaian:-

Rambut dah meletup, tak payah la pakai veil. Baju dah penuh dengan beadings, tak payah la rantai tu.. Baju pun dah meletup, sepatutnya make-up more natural, maknanya go for natural look!!.. I just wish I had more say over my appearance masa tu..

Contoh Penyelesaian Terbaik:-

Dibawah ni, kita letak gambar kita yang memang kita sendiri approve, from head to toe..

So, erti-kata fesyen Hobit tu adalah terlampau dalam segala hal.. So motifnya>> Less is more!!

So Ladies, pucuk pangkalnya, kita mesti ada confidence pada diri sendiri, dan mesti confident yang kita look good, baru lah kita akan look good, walaupun hanya berpakaian jeans, T-shirt dengan selipar. Dan tak semestinya terdedah sana terdedah sini, you’ll look seksi.. instead you’ll look SEKSA.. I hope this posting does not offend anyone, I’m just sharing my experience and opinion.

Remember, you must believe that you’re beautiful and fabulous in every way. Always have this confidence in your self. Then nothing can go wrong and you will never ever regret of putting on a Hobit outfit the next time you go out!!.

So itu je lah buat masa ni. I’ll put up another posting the soonest possible. Oh ye, BabyFaz dah ‘soft launch’ its Men’s collection.. Check it out ya.

Mintak diri dulu. Sayang awak semua.