Perbezaan BabyFaz dengan Online Fashion yang lain…

Hi,

hari ni, kita nak cakap pasal perbezaan antara BabyFaz dengan Online Fashion yang lain. Sebab kenapa kita pilih topik ni sebab kita selalu diaju soalan ‘Bernas’ ni..

Perbezaan Pertama: Kita pilih…. ingat ek.. PILIH!!… P.I.L.I.H… baju-baju yang kita rasa cantik, selesa dan boleh di pakai oleh semua orang, tak kira bertudung, bertopi.. tak bertudung.. tak bertopi.. pendek kata, semua boleh pakai. Jadi collection kita mengambil berat aspek-aspek tu. Online Fashion lain tangkap muat semuanya. Dia memikirkan kuantiti penjualan dari kualiti jualan. Ingat ya.. KUALITI (In english its Quality!!).

Perbezaan Kedua: Apabila kita hantar pakaian yang dibeli oleh awak semua, kita packingkan cantik – cantik.. sebab sesuai dengan moto BabyFaz, iaitu “It’s Private!!”. Contoh packing kita adalah seperti gambar dibawah.. (ini adalah gambar sebenar ya..)

Ini adalah untuk mereka yang beli 1 – 2 item BabyFaz. Kalau yang beli lebih tu, kita akan sertakan dengan beg shopping exclusive BabyFaz.. Beg shopping ni adalah beg shopping eco-friendly yang ditempah khas untuk customer BabyFaz. Next posting kita upload gambar ye.

Online Fashion yang lain tu, dia masukkan dalam plastik biasa je. Paling tidak, disertakan dengan kotak official Pos Laju Malaysia ataupun courier service yang lain.

Perbezaan yang Ketiga: Kita memberikan tips – tips fashion kepada pelanggan BabyFaz menerusi weblog ni, ataupun menerusi chatting bersama Fazlina di Facebook.. (ingat lagi posting ‘Hobit!!??”). Online Fashion yang lain tidak bersusah payah dalam hal tu.

Perbezaan yang Keempat: BabyFaz mengutamakan ‘Customer Satisfaction’.. Kalau rosak ataupun tak muat, boleh tukar.. Kita bagi.. Fashion Online lain… Lantak korang la… Kalau tak muat, tak boleh tukar.. tak bagos!!..

Perbezaan yang KeLima: Harga BabyFaz memang tinggi sedikit sekiranya dibandingkan dengan fashion Online yang tak mengendahkan kepentingan pelanggan semua.. Tapi kalau nak diikutkan, harga BabyFaz dengan Fashion Online lain, tak jauh bezanya.. harga listing memang la murah, tapi bila dah masuk conversion USD kepada RM, shipping, cukai, packaging dan service… you all fikirlah sendiri, samada berbaloi tak.

Kesimpulannya, BabyFaz pentingkan kualiti produk dan kepuasan pelanggan BabyFaz. Kita sendiri ambil berat dan prihatin terhadap keluhan – keluhan (dalam hal fashion laa) pelanggan kita. Kalau yang mana yang dah pernah membeli produk BabyFaz, mereka akan tahu, yang kita sendiri yang melayan order diaorang. Bukan mesin!!..

Walaubagaimanapun, walau apa pun orang nak kata, kita akan teruskan usaha kita untuk memajukan brand BabyFaz, dan akan meneruskan khidmat kita didalam memberi nasihat supaya awak semua meletup dari segi pemakaian.. Kita mengalu-alukan sebarang cadangan atau komen tentang posting ni, maupun produk-produk yang sedia ada atau yang pernah diperagakan. Kalau tak puas hati, tulis terang – terang… jangan simpan ‘meta tag’ dalam hati..

Sekian buat kali ni. Kepala kita dah migrain.. Nanti kita posting lagi..

Mintak diri dulu..

Sayang awak semua.

Advertisements

Leave a comment

No comments yet.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s