CAK!!!

Salam Semua,

sorry sangat-sangat, lama tak menulis blog dan update baju dan styling baru… Pasal ada satu posting tu, kita kata kita dah tak glamour sebab job offer dah kurang… (masa tu laa).. tapi sekarang, Alhamdulillah, job tak menang tangan, dan lagi pun tahun lepas anak lelaki kita yang nombor 2 tu (Hamzah), dan si kembar (Nazmi & Fahad) ada periksa PMR & UPSR.. Berlakon, berlakon jugak, tapi tanggung-jawab sebagai emak, tetap nombor 1.

Kita tahu ramai yang rindukan kita dalam blog ni, dan kita lagi rindukan awak semua.. dan rindukan tempat untuk berfeeling-feeling merepek. :))

 

Alhamdulillah jugak, tahun ni siapa yang rindu kat kita kat TV dapatlah tengok muka kita ni, pada setiap hari Sabtu, pukul 7 malam, di saluran RTM 2.. Tajuk drama bersiri tu ialah “Pak Kaduk” (sempat promote lagi gitu!!). Bulan Mei pulak nanti, slot Aurora di TV9, tak tau hari dan jam berapa, akan keluar drama siri lakonan kita berjudul “Cita Cinta”. Jadi kesempatan ni, kita nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga, ke atas sokongan dan kasih sayang suami, anak-anak dan awak semua (yang baca blog ni dan kengkawan kat FB, serta follower-follower kita kat Twitter) yang tidak serik-serik memberikan dorongan dan kata semangat pada kita.¬†Dibawah ni, kita insert gambar kita terbaru. Gambar ni di ambil masa tengah shoot projek terbaru (Cita Cinta), casting meletup, ada Ako Mustafa dan Sharifah Amani, Sherry Merlis, dan banyak lagi…

Ok, ucapan feeling-feeling dapat anugerah dah habis, sekarang ni kita nak cakap pasal pilihan terbaru Koleksi BabyFaz. Kalau awak semua lihat, kebanyakkannya ada yang feeling-feeling Muslimah gitu.. tapi sebenarnya, boleh juga di pakai oleh mereka yang tak bertudung. Macam koleksi yang dulu, memang ianya disasarkan pada yang tak bertudung, tapi yang bertudung pun boleh pakai jugak.. so same no difference.. kan??.. Mungkin ramai yang rasa pilihan kita kali ini more matured. Mungkin di sebabkan faktor usia kita yang makin lanjut. Tapi kita rasa, ianya sesuai untuk semua orang (kecuali lelaki la.., tapi kalau nak cuba, ok je nyah!!).

Kita pun ada masukkan Clutch Bag dalam koleksi kali ini, sebab CLUTCH BAG BUKAN UNTUK PERGI DINNER ATAU FUNCTION GRAND-GRAND SAJA U OLLZ!!.. Boleh jugak pakai untuk feeling-feeling santai, pergi tengok wayang.. (kalau pergi pasar tu…. over la!!).. Kita pilih design gitu sebab ia multi-purpose.. terutamanya bagi awak-awak semua yang malas nak bawak barang banyak atau tiba-tiba ada function tergempar… Kelass gitu kan??!! Tak lah seret-meret dengan bag besar gedabak dari ofis.. (Ini suggestion jer..)

Jangan lupa, apa-apa pun yang awak semua pakai, walaupun bukan jenama BabyFaz, awak semua mesti jujur pada diri sendiri, dan yakin bahawa awak semua sememangnya CANTIK.. Macam kita pernah cakap dulu, walaupun dengan hanya ber T-Shirt, jeans dan selipar, sekiranya awak yakin yang awak itu cantik, maka cantik la awak, dengan syarat, jujur pada diri sendiri dan hati mesti mau bersih okayss… Kerana keyakinan, kejujuran dan sifat positif didalam diri awak semua itulah akan menyerlah kecantikan dalaman dan luaran awak.

I’m just a human being, and I’m not perfect. So, kalau ada komen-komen atau kritikan-kritikan yang membina maupun tidak, cakaplah depan-depan, tak mau cakap belakang-belakang..

Feel free to comment about my collection this time, and di Facebook BabyFaz dah buka BabyFaz ¬†/ Fazlina Ahmad Daud Page.. Jadi please do ‘Like’ the page ya..

Sampai sini je buat masa ni, sebab mata kita pun dah juling, dan esok pagi-pagi kita dah nak shooting.

Mintak diri dulu, sayang awak semua.

 

Koleksi Terbaru BabyFaz 2011

Salam Semua,

seperti yang kita katakan dalam Twitter baru-baru ni, dengan bangganya kita mempersembahkan Koleksi terbaru BabyFaz bagi tahun 2011. Koleksi kali ini, merangkumi Long Dress, Short Dress dan Clutch Bags dipilih khas untuk semua peminat dan pelanggan BabyFaz. Harap maklum, Koleksi kali ini adalah ready-stock terhad. Jadi cepat-cepatlah order.

Yang kita paparkan di atas ni adalah sebahagian kecil sahaja dari Koleksi kali ini. Untuk melihat keseluruhan Koleksi Terbaru BabyFaz 2011, silalah ke page Koleksi BabyFaz – Latest, dan dipersilakan menjamu mata. Cara pembelian adalah seperti biasa. Bagi yang baru, silalah layari page How To Buy untuk cara-caranya.

Sayang awak semua, Mintak diri dulu..