Eidil Fitri, Hari Jadi dan Salam Merdeka

Assalamualaikum Semua,

Kesempatan ini kita nak mengucapkan Selamat Hari Raya Eidil Fitri, Maaf, Zahir, Batin. Ampun dan maaf jika ada terlanjuran dari bahasa dan kelakuan yang mengguris hati awak semua. Syukur Alhamdulillah di atas segala rahmatNya.

Kita juga nak ucapkan terima kasih atas pengorbanan, sokongan dan doa yang tak pernah putus dari suami, anak-anak, ibu bapa mertua, kakak – kakak dan abang serta sahabat handai yang mengenali diri kita. Terima kasih juga atas sokongan awak semua dalam drama ‘Ramadan Terakhir’. Terima kasih juga kepada production Radius One dan TV3 yang telah memberi peluang, pelakon-pelakon yang membantu, production team yang memberi kita ‘energy’ semasa di set ‘Ramadan Terakhir’ dan tuan Director yang membentuk watak ‘Mazni’. Tanpa awak semua, siapalah kita…

Hari ini juga, 1 Syawal bersamaan 30hb Ogos, kita nak berkongsi rasa syukur dan gembira kerana sempena Eidil Fitri tahun ini, adalah hari jadi anak kedua kita, Muhammad Hamzah, yang ke-16.

Tempat kita didalam industri ini adalah untuk meneruskan ‘Legacy’ keluarga kita khususnya Arwah Bapak dan Arwah Mak. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dari Allah S.W.T. – Al Fatihah. Setiap watak yang diberikan, InsyaAllah kita akan menjalankannya dengan penuh tanggung-jawab, secara jujur dan amanah.

Semoga awak semua dirahmati dan dilindungi olehNya.

Wasalam

Mintak diri dulu, Sayang awak semua..

Advertisements

1 Comment

  1. assalamualaikum.. emm, kak fazlina.. suka tgok lakonan akak utk drama berepisod RAMADAN TERAKHIR.. memang mantap.. mmg sokong lakonan kak mazni tu.. hehe, ada drama terbaru ker? update la ekk.. insyaallah semoga akak bergembira selalu


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s