Tentang BabyFaz

BabyFaz adalah satu jenama yang dimiliki oleh Fazlina Dato’ Ahmad Daud. Beliau adalah seorang pelakon dan pengacara yang berpengalaman, telah berkecimpung didalam industri hiburan Malaysia semenjak tahun 1992. Beliau telah di kreditkan didalam lebih 50 buah drama TV, berpuluhan iklan TV dan media cetak, selain berpuluh – puluh acara sebagai penyanyi dan juga pengacara. Anak ketiga dari perkahwinan lagenda muzik dan layar perak ini, iaitu Dato’ Ahmad Daud Md. Hashim dan Datin Sa’adiah Baharom, sudahpun mendirikan rumah-tangga dengan Nahar Dato’ Johari, seorang lagi anak kepada lagenda muzik tanah-air, iaitu Dato’ Johari Salleh. Beliau juga turut dianugerahkan 4 orang cahaya mata, seorang perempuan dan tiga orang lelaki.

Hasil dari pengalaman didalam industri hiburan Malaysia, beliau menaruh minat didalam bidang fesyen, dan secara perlahan menangguk ilmu pengetahuan didalam bidang tersebut menerusi perbincangan dan pertukaran pendapat dengan sahabat-sahabat pereka fesyen. Berbekalkan ilmu tersebut, beliau mempergayakan pendekatan fesyen baru menerusi lakonannya di kaca TV, selain dari menghadiri acara-acara anugerah di Malaysia dan Singapura. Berikutan itu, ramai dikalangan teman – teman artisnya mengikuti gaya fesyennya itu.

Berbekalkan pengetahuan yang sedia-ada, beliau telah melancarkan website ‘BabyFaz’, yang menjual pakaian fesyen terbaru, hasil dari koleksi pilihannya dikalangan pengeluar-pengeluar pakaian fesyen wanita dari seluruh dunia.

Selain tujuan untuk memperagakan koleksi – koleksi terbaru dari BabyFaz, weblog ini juga turut dijadikan medan luahan untuk beliau, mencadang, mengkritik dan memberi pandangan akan fesyen – fesyen terkini yang berada di pasaran Malaysia, maupun serantaunya. Ini juga termasuk peragaan fesyen oleh kenalan -kenalan beliau dari dunia hiburan Malaysia dan Singapura. Apa yang tertulis didalam weblog ini adalah pendapat BabyFaz semata-mata, dan ianya tidak bermaksud untuk memperkecilkan mana – mana pihak. BabyFaz tidak akan bertanggung-jawab terhadap apa juga jenis tuntutan, saman atau perhitungan. Tetamu weblog  ini bersetuju akan syarat – syarat tersebut.

 

Website dan jenama BabyFaz adalah hak milik Fazlina Dato’ Ahmad Daud dan diurus serta ditadbirkan oleh BabyFaz Lifestyle, sebuah perniagaan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Fazlina Dato’ Ahmad Daud pula diurus dan ditadbir oleh NaFaz Entertainment.

TrackBack Identifier URI