Fazlina Dato’ Ahmad Daud dalam ‘Kisah Cinta’, slot Lestary, di TV3.

Eidil Fitri, Hari Jadi dan Salam Merdeka

Assalamualaikum Semua,

Kesempatan ini kita nak mengucapkan Selamat Hari Raya Eidil Fitri, Maaf, Zahir, Batin. Ampun dan maaf jika ada terlanjuran dari bahasa dan kelakuan yang mengguris hati awak semua. Syukur Alhamdulillah di atas segala rahmatNya.

Kita juga nak ucapkan terima kasih atas pengorbanan, sokongan dan doa yang tak pernah putus dari suami, anak-anak, ibu bapa mertua, kakak – kakak dan abang serta sahabat handai yang mengenali diri kita. Terima kasih juga atas sokongan awak semua dalam drama ‘Ramadan Terakhir’. Terima kasih juga kepada production Radius One dan TV3 yang telah memberi peluang, pelakon-pelakon yang membantu, production team yang memberi kita ‘energy’ semasa di set ‘Ramadan Terakhir’ dan tuan Director yang membentuk watak ‘Mazni’. Tanpa awak semua, siapalah kita…

Hari ini juga, 1 Syawal bersamaan 30hb Ogos, kita nak berkongsi rasa syukur dan gembira kerana sempena Eidil Fitri tahun ini, adalah hari jadi anak kedua kita, Muhammad Hamzah, yang ke-16.

Tempat kita didalam industri ini adalah untuk meneruskan ‘Legacy’ keluarga kita khususnya Arwah Bapak dan Arwah Mak. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dari Allah S.W.T. – Al Fatihah.¬†Setiap watak yang diberikan, InsyaAllah kita akan menjalankannya dengan penuh tanggung-jawab, secara jujur dan amanah.

Semoga awak semua dirahmati dan dilindungi olehNya.

Wasalam

Mintak diri dulu, Sayang awak semua..

Koleksi Terbaru BabyFaz 2011

Salam Semua,

seperti yang kita katakan dalam Twitter baru-baru ni, dengan bangganya kita mempersembahkan Koleksi terbaru BabyFaz bagi tahun 2011. Koleksi kali ini, merangkumi Long Dress, Short Dress dan Clutch Bags dipilih khas untuk semua peminat dan pelanggan BabyFaz. Harap maklum, Koleksi kali ini adalah ready-stock terhad. Jadi cepat-cepatlah order.

Yang kita paparkan di atas ni adalah sebahagian kecil sahaja dari Koleksi kali ini. Untuk melihat keseluruhan Koleksi Terbaru BabyFaz 2011, silalah ke page Koleksi BabyFaz – Latest, dan dipersilakan menjamu mata. Cara pembelian adalah seperti biasa. Bagi yang baru, silalah layari page How To Buy untuk cara-caranya.

Sayang awak semua, Mintak diri dulu..