Koleksi Terbaru BabyFaz Sept 2011

Assalamualaikum Semua,

BabyFaz baru je lancarkan Koleksi Terbaru BabyFaz Sept 2011, untuk tatapan awak semua. Semoga yang mana rindu dengan koleksi-koleksi saya (sebab dah lama tak update koleksi), silakan lah… Ada sesetengahnya kita ada stock, ada sesetengah kena pre-order, jadi, sila bagi comment yang mana awak minat, dan kita akan bagi tau sama ada yang awak minat tu ada stock atau kena pre-order ye..

Kita mintak diri dulu, Sayang awak semua

Wasalam

Eidil Fitri, Hari Jadi dan Salam Merdeka

Assalamualaikum Semua,

Kesempatan ini kita nak mengucapkan Selamat Hari Raya Eidil Fitri, Maaf, Zahir, Batin. Ampun dan maaf jika ada terlanjuran dari bahasa dan kelakuan yang mengguris hati awak semua. Syukur Alhamdulillah di atas segala rahmatNya.

Kita juga nak ucapkan terima kasih atas pengorbanan, sokongan dan doa yang tak pernah putus dari suami, anak-anak, ibu bapa mertua, kakak – kakak dan abang serta sahabat handai yang mengenali diri kita. Terima kasih juga atas sokongan awak semua dalam drama ‘Ramadan Terakhir’. Terima kasih juga kepada production Radius One dan TV3 yang telah memberi peluang, pelakon-pelakon yang membantu, production team yang memberi kita ‘energy’ semasa di set ‘Ramadan Terakhir’ dan tuan Director yang membentuk watak ‘Mazni’. Tanpa awak semua, siapalah kita…

Hari ini juga, 1 Syawal bersamaan 30hb Ogos, kita nak berkongsi rasa syukur dan gembira kerana sempena Eidil Fitri tahun ini, adalah hari jadi anak kedua kita, Muhammad Hamzah, yang ke-16.

Tempat kita didalam industri ini adalah untuk meneruskan ‘Legacy’ keluarga kita khususnya Arwah Bapak dan Arwah Mak. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dari Allah S.W.T. – Al Fatihah. Setiap watak yang diberikan, InsyaAllah kita akan menjalankannya dengan penuh tanggung-jawab, secara jujur dan amanah.

Semoga awak semua dirahmati dan dilindungi olehNya.

Wasalam

Mintak diri dulu, Sayang awak semua..

Achiluuuuttt Chak!!

Assalams Semua,

Syukur Alhamdulillah and thank you for all your support shown for my latest TV appearance on ‘Ramadhan Terakhir’, sekarang ni on air di TV3, setiap hari Selasa, Rabu dan Khamis, jam 10.30 malam. Kita rasa overwhelmed sangat dengan semua feedback yang diterima menerusi Twitter dan Facebook. Ingat ya, itu hanyalah rekaan semata – mata, dan tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah mati!!.. Watak tu tak dapat kita jayakan tanpa restu dari suami, understanding dari anak – anak, bantuan dari Director dan barisan pelakon lain, dan semangat dari team teknikal produksi… dan off-course lah, sokongan dan doa tanpa henti dari awak semua.

Kesempatan ini juga, kita nak mohon ampun dan maaf atas segala silap dan salah kita, sempena nak menyambut Ramadhan Al-Mubarak ni. Semoga ibadah kita di terima Allah S.W.T… dan semoga juga kita semua tak jadi macam Pn. Mazni!!.. Ingat tau!!… Puasa bulan Ramadhan, bukan bulan Ogos…

Last but not least, you all inspired me..

Dah ngantok sangat, esok call time pun pagi..

Mintak diri dulu, sayang awak semua..

 

Fazlina Ahmad Daud

CAK!!!

Salam Semua,

sorry sangat-sangat, lama tak menulis blog dan update baju dan styling baru… Pasal ada satu posting tu, kita kata kita dah tak glamour sebab job offer dah kurang… (masa tu laa).. tapi sekarang, Alhamdulillah, job tak menang tangan, dan lagi pun tahun lepas anak lelaki kita yang nombor 2 tu (Hamzah), dan si kembar (Nazmi & Fahad) ada periksa PMR & UPSR.. Berlakon, berlakon jugak, tapi tanggung-jawab sebagai emak, tetap nombor 1.

Kita tahu ramai yang rindukan kita dalam blog ni, dan kita lagi rindukan awak semua.. dan rindukan tempat untuk berfeeling-feeling merepek. :))

 

Alhamdulillah jugak, tahun ni siapa yang rindu kat kita kat TV dapatlah tengok muka kita ni, pada setiap hari Sabtu, pukul 7 malam, di saluran RTM 2.. Tajuk drama bersiri tu ialah “Pak Kaduk” (sempat promote lagi gitu!!). Bulan Mei pulak nanti, slot Aurora di TV9, tak tau hari dan jam berapa, akan keluar drama siri lakonan kita berjudul “Cita Cinta”. Jadi kesempatan ni, kita nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga, ke atas sokongan dan kasih sayang suami, anak-anak dan awak semua (yang baca blog ni dan kengkawan kat FB, serta follower-follower kita kat Twitter) yang tidak serik-serik memberikan dorongan dan kata semangat pada kita. Dibawah ni, kita insert gambar kita terbaru. Gambar ni di ambil masa tengah shoot projek terbaru (Cita Cinta), casting meletup, ada Ako Mustafa dan Sharifah Amani, Sherry Merlis, dan banyak lagi…

Ok, ucapan feeling-feeling dapat anugerah dah habis, sekarang ni kita nak cakap pasal pilihan terbaru Koleksi BabyFaz. Kalau awak semua lihat, kebanyakkannya ada yang feeling-feeling Muslimah gitu.. tapi sebenarnya, boleh juga di pakai oleh mereka yang tak bertudung. Macam koleksi yang dulu, memang ianya disasarkan pada yang tak bertudung, tapi yang bertudung pun boleh pakai jugak.. so same no difference.. kan??.. Mungkin ramai yang rasa pilihan kita kali ini more matured. Mungkin di sebabkan faktor usia kita yang makin lanjut. Tapi kita rasa, ianya sesuai untuk semua orang (kecuali lelaki la.., tapi kalau nak cuba, ok je nyah!!).

Kita pun ada masukkan Clutch Bag dalam koleksi kali ini, sebab CLUTCH BAG BUKAN UNTUK PERGI DINNER ATAU FUNCTION GRAND-GRAND SAJA U OLLZ!!.. Boleh jugak pakai untuk feeling-feeling santai, pergi tengok wayang.. (kalau pergi pasar tu…. over la!!).. Kita pilih design gitu sebab ia multi-purpose.. terutamanya bagi awak-awak semua yang malas nak bawak barang banyak atau tiba-tiba ada function tergempar… Kelass gitu kan??!! Tak lah seret-meret dengan bag besar gedabak dari ofis.. (Ini suggestion jer..)

Jangan lupa, apa-apa pun yang awak semua pakai, walaupun bukan jenama BabyFaz, awak semua mesti jujur pada diri sendiri, dan yakin bahawa awak semua sememangnya CANTIK.. Macam kita pernah cakap dulu, walaupun dengan hanya ber T-Shirt, jeans dan selipar, sekiranya awak yakin yang awak itu cantik, maka cantik la awak, dengan syarat, jujur pada diri sendiri dan hati mesti mau bersih okayss… Kerana keyakinan, kejujuran dan sifat positif didalam diri awak semua itulah akan menyerlah kecantikan dalaman dan luaran awak.

I’m just a human being, and I’m not perfect. So, kalau ada komen-komen atau kritikan-kritikan yang membina maupun tidak, cakaplah depan-depan, tak mau cakap belakang-belakang..

Feel free to comment about my collection this time, and di Facebook BabyFaz dah buka BabyFaz  / Fazlina Ahmad Daud Page.. Jadi please do ‘Like’ the page ya..

Sampai sini je buat masa ni, sebab mata kita pun dah juling, dan esok pagi-pagi kita dah nak shooting.

Mintak diri dulu, sayang awak semua.

 

Koleksi Terbaru BabyFaz 2011

Salam Semua,

seperti yang kita katakan dalam Twitter baru-baru ni, dengan bangganya kita mempersembahkan Koleksi terbaru BabyFaz bagi tahun 2011. Koleksi kali ini, merangkumi Long Dress, Short Dress dan Clutch Bags dipilih khas untuk semua peminat dan pelanggan BabyFaz. Harap maklum, Koleksi kali ini adalah ready-stock terhad. Jadi cepat-cepatlah order.

Yang kita paparkan di atas ni adalah sebahagian kecil sahaja dari Koleksi kali ini. Untuk melihat keseluruhan Koleksi Terbaru BabyFaz 2011, silalah ke page Koleksi BabyFaz – Latest, dan dipersilakan menjamu mata. Cara pembelian adalah seperti biasa. Bagi yang baru, silalah layari page How To Buy untuk cara-caranya.

Sayang awak semua, Mintak diri dulu..

 

 

Koleksi Raya 2010

Salam Semua,

First sekali, kita ingin ucapkan Selamat menempuhi Bulan Ramadhan El-Mubarak dan selamat berpuasa. Semoga amal ibadat kita di terima Allah SWT pada bulan yang mulia ini.

Disini kita utarakan Koleksi terbaru untuk Hari Raya Eidil Fitri 2010. Koleksi ini adalah yang eksklusif dan tak boleh didapati di mana2 kedai.

Untuk melihat koleksi penuh, sila ke page Koleksi BabyFaz – Latest..

Sayang awak semua, minta diri dulu..

Feeling – Feeling

Hi,

It’s been a while since my last posting. Tapi sebelum kita go further, thank you to MStar for the wonderful write-up. The response resulting from the write-up is overwhelming, and made me realize that I seriously need to improve on many aspects of BabyFaz, which includes its web presence.

Just to share with you, a week before MStar was officially released to the general public, we were invited and attended their Official Launching, which was held at Concorde Hotel, graced by DYMM Sultan Selangor. Kita rasa seronok sebab almost 3 tahun kita tak attend mana-mana public functions in Malaysia. Happy dapat jumpa kawan-kawan artis, media dan make-up artist, dan kita pun seronok tengok cara mereka berpakaian jugak. Talking about pakaian, the dress code for the MStar Launching was batik / Office wear. So basically, it means formal. But… ada jugak yang tak faham dengan that simple dress code, and the whole concept of that function.

Segelintir kecil mereka ini, berpakaian feeling-feeling ‘over-the-top’, atau dalam bahasa kita…. HHOOOBBBIIITTTT!!!!!. Sadly, mereka ni adalah celebrity tanah air… Okaylaa.. people do make mistakes… Can’t be so hard on them can we??

Berbalik kepada article MStar.. Semenjak dua-menjak tersiarnya article MStar, kita mula rasa more self conscious and self-critical terhadap banyak aspek peribadi, sekeliling and perniagaan. Walau apa pun, I am grateful and thankful to Kak Zieman, Kak Faridah, Abg Rozaid, reporter Wahi, the wonderful photographer, make-up artist and hairstylist (including the person who photoshopped my images), as well as Aunty Rubiah Suparman (we initially met Kak Zieman, Kak Faridah and Bro Rozaid at Puteri TTDI, and it was from then on they decided to do up an article on BabyFaz). Their hospitality and treatment was superb, and kita rasa macam VVIP on that day.. Thank you all so much for that wonderful and exhilarating experience.

As for BabyFaz, kita sekarang ni banyak buat planning, persediaan dan perincian, untuk mengeluarkan koleksi – koleksi terbaru, termasuk koleksi hasil dari ciptaan kita sendiri. Kita jugak tengah berbincang dengan seorang pelukis surrealism, penyanyi dan komposer tanah air, untuk come-up with an exclusive range of unisex fashion clothing, yang unik lagi tersendiri, dan belum pernah dibuat di Malaysia. Because of that, uban kita pun dah banyak keluar.. Kita hope that dengan effort kita ini, dan juga kerjasama kita dengan pelukis berbakat itu, hasil kerja kita dan dia will rock Malaysia’s fashion industry..(Berangan!!)..

Memandangkan ramai jugak customer-customer BabyFaz yang masih belum “ma’rifat” dengan cara pembelian online, kita sedang berusaha untuk mewujudkan satu presence bagi jenama BabyFaz di Ikano Power Centre, Mutiara Damansara (bak kata YAB PM, “Saya mendengar keluhan anda!!”).

Kita sedar, yang BabyFaz bukanlah online store yang pertama wujud di Facebook. Kita juga sedar, ada juga pengusaha – pengusaha fashion lain yang wujud di dunia maya. Tapi kita letih, bila segala collection yang kita pilih, (penat bersengkang mata dan memastikan pengusaha yang lain tidak bawak koleksi yang sama!!) di plagiarism oleh pengusaha hawau yang tidak menghormati perniagaan pengusaha lain, dan sesuka hati mak bapak dia je, nak copy and paste apa yang kita pilih.. Letih beb.. Bak kata pepatah melayu, siapa yang terasa.. padan muka… Jadi, dengan wujudnya koleksi kita sendiri nanti, pengusaha – pengusaha hawau ni semua “will lead a better life in their business” (in a sarcastic tone!!)..

Kita nak sentuh sikit bab program BYOB (Be Your Own Boss).. Semenjak kita posting BYOB program, ramai yang bertanya dan berminat untuk participate, tetapi tidak kurang ramainya jugak yang mengutarakan ke-tidak confident mereka untuk menjalankan business tersebut. Ada yang kata, tak cukup pengetahuan, ada juga yang kata tak ada confident untuk run the business. Program BYOB ini di buat hasil dari elemen-elemen dan ciri – ciri yang di contribute oleh kita (yang tak berapa terer sangat business). Its designed to accommodate the most inexperienced entrepreneur-to-be, and its operation is so simple. You just have to setup the business, and take in the stock, and we’ll do the marketing, and inventory management for you. Kalau you terlebih order, kita boleh tolong jualkan through our other resellers or distributors. It’s really really simple. Kita harap, mereka yang berminat will take that initial big step in becoming an entrepreneur. You’ll never regret it..

Kalau ikut hati, macam-macam nak tulis sebab dah lama tak posting.. Tapi cukuplah buat masa ni. Sekurang-kurangnya, lepas lah jugak apa yang terpendam dalam hati. Sorry, usually with every new posting, kita akan lancarkan new collection.. but not this time. So sorry ladies.. Don’t forget to live your life beautifully confidently..

Sayang awak semua, mintak diri dulu..