BabyFaz – Its Private!! : Tagline terbaru BabyFaz Fashion

Hi,

hari ni kita decide tukar tagline BabyFaz, from ‘Making you feel Glamorous!!’ kepada “It’s Private!!”. Sempena dengan maal hijrah tahun ni, kita pun berhijrah jugak.. walaupun usia BabyFaz baru je 2 minggu!!.. berangan kan?!!. Kita rasa tagline dulu tu tak sesuai sebab kita memang tak glamor!. Kita sedar diri yang kita ni tak glamor, tak begitu dikenali.. ada rasa rendah diri.. dah kurang berlakon, cerita-cerita kita pun dah lama tak keluar media.. gitu.. Jadi kita pun tukarlah tagline.. Kita rasa tagline baru ni sangat sesuai sekali dengan personal dan karier kita.

Kita tak pernah blogging.. tapi berangan nak jadi blogger.. tak bagus kan?!.. Posting ni pun, kita cakap, hubby kita yang taip kan.. takpe, pelan – pelan kita belajar blogging yek.. nanti dah terer, berduyun-duyun posting kita kat dalam weblog ni..

Berbalik pasal cerita tagline, kita dapat ilham untuk pakai tagline ni based on my life, which is very private dan collection yang kita pilih ni pun very personal and limited. Kita tak nak jadi macam boutique lain, hari ni you beli, esok dah 100 orang pakai baju sama. Itu kita pun tak suka. Jadi, ketidak-sukaan kita ni nak dikongsikan bersama awak, dan sesiapa saja yang mempunyai ideologi yang sama. Itu prinsip asas BabyFaz, iaitu membuat awak rasa special!!..

Alhamdulillah, walaupun baru 2 minggu, banyak item-item dari koleksi kita telah terjual. Satu hal jugak nak continuously update website kita. Dengan broadband slow sebab hujan, kena berebut PC dengan anak-anak dan suami, dengan kerja rumah lagi, dengan kerenah supplier lagi.. sorang cakap cina, sorang cakap english!!.. Tapi semuanya best bila kita tengok koleksi pilihan kita diterima. Kita percaya, tanpa sokongan dari suami, anak-anak dan awak semua, dan juga petunjuk dari Allah SWT, BabyFaz tak akan wujud.

Buat masa ni, kita pun tak tau apa nak kata lagi. Posting ni subjek dia pasal tagline kan?!, jadi tak nak mengarut lebih – lebih. Posting kita akan datang, kita akan cakap pasal terminologi fesyen kita.. iaitu FESYEN HOBIT!!. Nak tau apa maksud dia, relaklah… hisap rokok dulu!! hehehe..

Mintak diri dulu ye. Sayang awak semua!!..

BabyFaz, It’s Private..

Fazlina