Posting pertama 2014!!

Assalam Sayangku Semua,

Mulai tahun 2014, kita nak try blog benda2 baru, bukan sahaja mengenai fesyen, tapi nak include experience kita sebagai pelakon dan jugak lesson2 yang kita dapat sepanjang menjadi pelakon. So, let’s start with:-

Debat mengenai interpretasi watak

Produksi cerita RTM Dingin Sahara, terbitan Pujangga Kreatif Sdn Bhd.

Semasa melakonkan watak saya didalam satu adengan, saya telah ditegur oleh Penolong Pengarah (AD), yang mana dia tidak bersetuju dengan cara memberikan expression dan mempersoalkan motif saya memberikan expression tersebut. Adengan tersebut melibatkan pelakon Khairil Anuar, saya, Heriyanto dan Afiq Muiz. Ketika itu, Pengarah Mohd Fariz Zaidi atau lebih dikenali sebagai Along, turut berada di dalam set.

Untuk adengan tersebut, dialog saya adalah: “Iye laa, anak kita bukan anak dara lagi”.. (dia pernah berkahwin dahulu tetapi tidak di ketahui oleh watak Heriyanto)..

Heriyanto: Apa? Dia bukan anak dara lagi??..

Saya: (Hanya membuat reaksi senyum, angguk dan memandang kearah Heriyanto dengan yakin)..

Pengarah telah memanggil ‘CUT’, dan AD meragui dan tak sure motif kita kenapa kita memberikan expression macamtu. Kita mengatakan bahawa watak yang kita pegang ini mempunyai sikap suka menutup aib keluarga, tidak suka berbohong dan akan mempertahankan maruah keluarganya sendiri, walau apa pun terjadi. Kata AD, kita sepatutnya memberikan ekspresi serba salah.. Kita pun cakap itu adalah reaksi character, based on character punya background. Jadi character decides to buat macam tu.

It’s cliché untuk memberikan ekspresi serba salah, kerana pada zaman sekarang, seorang wanita yang mempunyai pegangan hidup seperti watak tersebut, tidak akan memberikan ekspresi begitu, dan akan senyum, dan berdepan dengan realiti.

Masyarakat kita bukan lagi seperti masyarakat Melayu zaman 40an atau 50an, yang mana reaksi antagonist atau protagonist boleh di jangka. Filem atau drama zaman sekarang adalah melakonkan watak yang diberi dengan memberikan reaksi atau ekspresi yang tidak dijangka (bukan cliché) tetapi masih relevan mengikut situasi yang diberi, serta efektif didalam menyalurkan mesej yang perlu disampaikan, baik dari penyampaian dialog, atau lontaran ekspresi mahupun reaksi.

Alhamdulillah, selepas berdebat dengan AD, dan turut di sokong oleh pelakon-pelakon, termasuk Pengarah sendiri, AD pun bersetuju.

Apa yang kita cuba sampaikan di sini adalah, terdapat pelbagai cara untuk menjadi seorang pelakon, dan bagaimana untuk melaksanakan lakonan watak. Ada setengah orang, dia cuba untuk menjadi watak tersebut, ada yang cuba untuk menginterpretasi watak mengikut fahaman masing-masing. Ada juga yang menjiwai watak, dan ada juga yang membuat watak tersebut menjadi dirinya sendiri.

Bagi kita, I like to allow the character to manifest and come in into me, so that my body will become the character. Jadi cara penyampaian dialog, ekspresi dan reaksi watak itu akan dizahirkan secara tersendiri.

To be able to do this, you must first understand the character, create its own psychological and physical profile and background (by mentally creating and imagining the character’s info: such as family background, where the character went to school, education level, types of friends that the character mixes with, the character’s ideologies and principles of life…). These understandings would enable you to understand the character, interpret and deliver dialogue tonations, expressions and reaction, as if the character is a real life person. Ini baru dinamakan ‘Melakonkan watak’.

These methodologies are to my personal understanding, and this is how I develop my lakonan, and deliver watak-watak yang telah diberikan kepada kita, for all this years.

Dengan diberi peluang untuk bekerjasama dengan pelakon-pelakon hebat seperti mama Fauziah Nawi, Namron, Khir Rahman dan ramai lagi, I always learn new things in acting. Terima kasih kepada my mother Allahyarhamah Datin Saadiah dan kakak kita Ogy, yang paved the path for me.

Sorry, kita merapu kat blog ni tetiba (punyalah lama tak blog, tetiba haa… amik!!) Feeling-feeling nak let out laa konon.

Thank you pada yang spend time to baca. Awak semua memang awesome.

Sayang awak semua.