Feeling – Feeling

Hi,

It’s been a while since my last posting. Tapi sebelum kita go further, thank you to MStar for the wonderful write-up. The response resulting from the write-up is overwhelming, and made me realize that I seriously need to improve on many aspects of BabyFaz, which includes its web presence.

Just to share with you, a week before MStar was officially released to the general public, we were invited and attended their Official Launching, which was held at Concorde Hotel, graced by DYMM Sultan Selangor. Kita rasa seronok sebab almost 3 tahun kita tak attend mana-mana public functions in Malaysia. Happy dapat jumpa kawan-kawan artis, media dan make-up artist, dan kita pun seronok tengok cara mereka berpakaian jugak. Talking about pakaian, the dress code for the MStar Launching was batik / Office wear. So basically, it means formal. But… ada jugak yang tak faham dengan that simple dress code, and the whole concept of that function.

Segelintir kecil mereka ini, berpakaian feeling-feeling ‘over-the-top’, atau dalam bahasa kita…. HHOOOBBBIIITTTT!!!!!. Sadly, mereka ni adalah celebrity tanah air… Okaylaa.. people do make mistakes… Can’t be so hard on them can we??

Berbalik kepada article MStar.. Semenjak dua-menjak tersiarnya article MStar, kita mula rasa more self conscious and self-critical terhadap banyak aspek peribadi, sekeliling and perniagaan. Walau apa pun, I am grateful and thankful to Kak Zieman, Kak Faridah, Abg Rozaid, reporter Wahi, the wonderful photographer, make-up artist and hairstylist (including the person who photoshopped my images), as well as Aunty Rubiah Suparman (we initially met Kak Zieman, Kak Faridah and Bro Rozaid at Puteri TTDI, and it was from then on they decided to do up an article on BabyFaz). Their hospitality and treatment was superb, and kita rasa macam VVIP on that day.. Thank you all so much for that wonderful and exhilarating experience.

As for BabyFaz, kita sekarang ni banyak buat planning, persediaan dan perincian, untuk mengeluarkan koleksi – koleksi terbaru, termasuk koleksi hasil dari ciptaan kita sendiri. Kita jugak tengah berbincang dengan seorang pelukis surrealism, penyanyi dan komposer tanah air, untuk come-up with an exclusive range of unisex fashion clothing, yang unik lagi tersendiri, dan belum pernah dibuat di Malaysia. Because of that, uban kita pun dah banyak keluar.. Kita hope that dengan effort kita ini, dan juga kerjasama kita dengan pelukis berbakat itu, hasil kerja kita dan dia will rock Malaysia’s fashion industry..(Berangan!!)..

Memandangkan ramai jugak customer-customer BabyFaz yang masih belum “ma’rifat” dengan cara pembelian online, kita sedang berusaha untuk mewujudkan satu presence bagi jenama BabyFaz di Ikano Power Centre, Mutiara Damansara (bak kata YAB PM, “Saya mendengar keluhan anda!!”).

Kita sedar, yang BabyFaz bukanlah online store yang pertama wujud di Facebook. Kita juga sedar, ada juga pengusaha – pengusaha fashion lain yang wujud di dunia maya. Tapi kita letih, bila segala collection yang kita pilih, (penat bersengkang mata dan memastikan pengusaha yang lain tidak bawak koleksi yang sama!!) di plagiarism oleh pengusaha hawau yang tidak menghormati perniagaan pengusaha lain, dan sesuka hati mak bapak dia je, nak copy and paste apa yang kita pilih.. Letih beb.. Bak kata pepatah melayu, siapa yang terasa.. padan muka… Jadi, dengan wujudnya koleksi kita sendiri nanti, pengusaha – pengusaha hawau ni semua “will lead a better life in their business” (in a sarcastic tone!!)..

Kita nak sentuh sikit bab program BYOB (Be Your Own Boss).. Semenjak kita posting BYOB program, ramai yang bertanya dan berminat untuk participate, tetapi tidak kurang ramainya jugak yang mengutarakan ke-tidak confident mereka untuk menjalankan business tersebut. Ada yang kata, tak cukup pengetahuan, ada juga yang kata tak ada confident untuk run the business. Program BYOB ini di buat hasil dari elemen-elemen dan ciri – ciri yang di contribute oleh kita (yang tak berapa terer sangat business). Its designed to accommodate the most inexperienced entrepreneur-to-be, and its operation is so simple. You just have to setup the business, and take in the stock, and we’ll do the marketing, and inventory management for you. Kalau you terlebih order, kita boleh tolong jualkan through our other resellers or distributors. It’s really really simple. Kita harap, mereka yang berminat will take that initial big step in becoming an entrepreneur. You’ll never regret it..

Kalau ikut hati, macam-macam nak tulis sebab dah lama tak posting.. Tapi cukuplah buat masa ni. Sekurang-kurangnya, lepas lah jugak apa yang terpendam dalam hati. Sorry, usually with every new posting, kita akan lancarkan new collection.. but not this time. So sorry ladies.. Don’t forget to live your life beautifully confidently..

Sayang awak semua, mintak diri dulu..

Advertisements

Terminologi: Fashion Hobit!!

Kita dapat terminologi ni pun daripada a group of my friends from Singapore.. It started from bila kita tengok seseorang tu pakai baju dan accessories yang melampau, seolah-olah macam Christmas Tree gitu!!.. Color baju yang tak kena dengan skin tone, example, orang tu gelap (no offense!!) tapi pakai baju shocking orange.. Nampak macam orang tu chocolate bar la pulak.. baju dia tu macam wrapping, yang orangnya tu macam coklatnye… Ini contoh sahaja ye.. So bila kita nampak orang2 bergaya begitu, kita kategorikan fesyen diaorang tu sebagai Hobit.. macam tak kena gitu.. Perkataan Hobit tu pun datang dari cerita Lord of the Rings..

Contoh Fesyen Hobit yang kita sendiri terpaksa pakai (atas sebab2 tugas!!) adalah seperti gambar ini!!..

Kenapa kita kata ini Hobit, sebab semuanya terlebih!!.. Make-up terlebih, rambut terlebih, accessories terlebih, pendek kata, kita rimas la masa pakai baju ni..

Cara Penyelesaian:-

Rambut dah meletup, tak payah la pakai veil. Baju dah penuh dengan beadings, tak payah la rantai tu.. Baju pun dah meletup, sepatutnya make-up more natural, maknanya go for natural look!!.. I just wish I had more say over my appearance masa tu..

Contoh Penyelesaian Terbaik:-

Dibawah ni, kita letak gambar kita yang memang kita sendiri approve, from head to toe..

So, erti-kata fesyen Hobit tu adalah terlampau dalam segala hal.. So motifnya>> Less is more!!

So Ladies, pucuk pangkalnya, kita mesti ada confidence pada diri sendiri, dan mesti confident yang kita look good, baru lah kita akan look good, walaupun hanya berpakaian jeans, T-shirt dengan selipar. Dan tak semestinya terdedah sana terdedah sini, you’ll look seksi.. instead you’ll look SEKSA.. I hope this posting does not offend anyone, I’m just sharing my experience and opinion.

Remember, you must believe that you’re beautiful and fabulous in every way. Always have this confidence in your self. Then nothing can go wrong and you will never ever regret of putting on a Hobit outfit the next time you go out!!.

So itu je lah buat masa ni. I’ll put up another posting the soonest possible. Oh ye, BabyFaz dah ‘soft launch’ its Men’s collection.. Check it out ya.

Mintak diri dulu. Sayang awak semua.

BabyFaz – Its Private!! : Tagline terbaru BabyFaz Fashion

Hi,

hari ni kita decide tukar tagline BabyFaz, from ‘Making you feel Glamorous!!’ kepada “It’s Private!!”. Sempena dengan maal hijrah tahun ni, kita pun berhijrah jugak.. walaupun usia BabyFaz baru je 2 minggu!!.. berangan kan?!!. Kita rasa tagline dulu tu tak sesuai sebab kita memang tak glamor!. Kita sedar diri yang kita ni tak glamor, tak begitu dikenali.. ada rasa rendah diri.. dah kurang berlakon, cerita-cerita kita pun dah lama tak keluar media.. gitu.. Jadi kita pun tukarlah tagline.. Kita rasa tagline baru ni sangat sesuai sekali dengan personal dan karier kita.

Kita tak pernah blogging.. tapi berangan nak jadi blogger.. tak bagus kan?!.. Posting ni pun, kita cakap, hubby kita yang taip kan.. takpe, pelan – pelan kita belajar blogging yek.. nanti dah terer, berduyun-duyun posting kita kat dalam weblog ni..

Berbalik pasal cerita tagline, kita dapat ilham untuk pakai tagline ni based on my life, which is very private dan collection yang kita pilih ni pun very personal and limited. Kita tak nak jadi macam boutique lain, hari ni you beli, esok dah 100 orang pakai baju sama. Itu kita pun tak suka. Jadi, ketidak-sukaan kita ni nak dikongsikan bersama awak, dan sesiapa saja yang mempunyai ideologi yang sama. Itu prinsip asas BabyFaz, iaitu membuat awak rasa special!!..

Alhamdulillah, walaupun baru 2 minggu, banyak item-item dari koleksi kita telah terjual. Satu hal jugak nak continuously update website kita. Dengan broadband slow sebab hujan, kena berebut PC dengan anak-anak dan suami, dengan kerja rumah lagi, dengan kerenah supplier lagi.. sorang cakap cina, sorang cakap english!!.. Tapi semuanya best bila kita tengok koleksi pilihan kita diterima. Kita percaya, tanpa sokongan dari suami, anak-anak dan awak semua, dan juga petunjuk dari Allah SWT, BabyFaz tak akan wujud.

Buat masa ni, kita pun tak tau apa nak kata lagi. Posting ni subjek dia pasal tagline kan?!, jadi tak nak mengarut lebih – lebih. Posting kita akan datang, kita akan cakap pasal terminologi fesyen kita.. iaitu FESYEN HOBIT!!. Nak tau apa maksud dia, relaklah… hisap rokok dulu!! hehehe..

Mintak diri dulu ye. Sayang awak semua!!..

BabyFaz, It’s Private..

Fazlina