Posting pertama 2014!!

Assalam Sayangku Semua,

Mulai tahun 2014, kita nak try blog benda2 baru, bukan sahaja mengenai fesyen, tapi nak include experience kita sebagai pelakon dan jugak lesson2 yang kita dapat sepanjang menjadi pelakon. So, let’s start with:-

Debat mengenai interpretasi watak

Produksi cerita RTM Dingin Sahara, terbitan Pujangga Kreatif Sdn Bhd.

Semasa melakonkan watak saya didalam satu adengan, saya telah ditegur oleh Penolong Pengarah (AD), yang mana dia tidak bersetuju dengan cara memberikan expression dan mempersoalkan motif saya memberikan expression tersebut. Adengan tersebut melibatkan pelakon Khairil Anuar, saya, Heriyanto dan Afiq Muiz. Ketika itu, Pengarah Mohd Fariz Zaidi atau lebih dikenali sebagai Along, turut berada di dalam set.

Untuk adengan tersebut, dialog saya adalah: “Iye laa, anak kita bukan anak dara lagi”.. (dia pernah berkahwin dahulu tetapi tidak di ketahui oleh watak Heriyanto)..

Heriyanto: Apa? Dia bukan anak dara lagi??..

Saya: (Hanya membuat reaksi senyum, angguk dan memandang kearah Heriyanto dengan yakin)..

Pengarah telah memanggil ‘CUT’, dan AD meragui dan tak sure motif kita kenapa kita memberikan expression macamtu. Kita mengatakan bahawa watak yang kita pegang ini mempunyai sikap suka menutup aib keluarga, tidak suka berbohong dan akan mempertahankan maruah keluarganya sendiri, walau apa pun terjadi. Kata AD, kita sepatutnya memberikan ekspresi serba salah.. Kita pun cakap itu adalah reaksi character, based on character punya background. Jadi character decides to buat macam tu.

It’s cliché untuk memberikan ekspresi serba salah, kerana pada zaman sekarang, seorang wanita yang mempunyai pegangan hidup seperti watak tersebut, tidak akan memberikan ekspresi begitu, dan akan senyum, dan berdepan dengan realiti.

Masyarakat kita bukan lagi seperti masyarakat Melayu zaman 40an atau 50an, yang mana reaksi antagonist atau protagonist boleh di jangka. Filem atau drama zaman sekarang adalah melakonkan watak yang diberi dengan memberikan reaksi atau ekspresi yang tidak dijangka (bukan cliché) tetapi masih relevan mengikut situasi yang diberi, serta efektif didalam menyalurkan mesej yang perlu disampaikan, baik dari penyampaian dialog, atau lontaran ekspresi mahupun reaksi.

Alhamdulillah, selepas berdebat dengan AD, dan turut di sokong oleh pelakon-pelakon, termasuk Pengarah sendiri, AD pun bersetuju.

Apa yang kita cuba sampaikan di sini adalah, terdapat pelbagai cara untuk menjadi seorang pelakon, dan bagaimana untuk melaksanakan lakonan watak. Ada setengah orang, dia cuba untuk menjadi watak tersebut, ada yang cuba untuk menginterpretasi watak mengikut fahaman masing-masing. Ada juga yang menjiwai watak, dan ada juga yang membuat watak tersebut menjadi dirinya sendiri.

Bagi kita, I like to allow the character to manifest and come in into me, so that my body will become the character. Jadi cara penyampaian dialog, ekspresi dan reaksi watak itu akan dizahirkan secara tersendiri.

To be able to do this, you must first understand the character, create its own psychological and physical profile and background (by mentally creating and imagining the character’s info: such as family background, where the character went to school, education level, types of friends that the character mixes with, the character’s ideologies and principles of life…). These understandings would enable you to understand the character, interpret and deliver dialogue tonations, expressions and reaction, as if the character is a real life person. Ini baru dinamakan ‘Melakonkan watak’.

These methodologies are to my personal understanding, and this is how I develop my lakonan, and deliver watak-watak yang telah diberikan kepada kita, for all this years.

Dengan diberi peluang untuk bekerjasama dengan pelakon-pelakon hebat seperti mama Fauziah Nawi, Namron, Khir Rahman dan ramai lagi, I always learn new things in acting. Terima kasih kepada my mother Allahyarhamah Datin Saadiah dan kakak kita Ogy, yang paved the path for me.

Sorry, kita merapu kat blog ni tetiba (punyalah lama tak blog, tetiba haa… amik!!) Feeling-feeling nak let out laa konon.

Thank you pada yang spend time to baca. Awak semua memang awesome.

Sayang awak semua.

BabyFaz Come Back Roadshow update!

Assalam Sayangku Semua,

Sayangku, kita happy sangat hari ni, nak tau kenapa? Ha…Sebab hari ni dan esok booth BabyFaz akan bertapak di The Labels Bazaar @ 1 Mont Kiara di Tingkat 3. Terima kasih dan alhamdulillah kepada semua sayangku yang berdoa and support untuk BabyFaz. BabyFaz dapat bergerak atas sokongan sayangku semua.

Kepada sayangku nak jumpa kita atau nak singgah untuk tengok barang2 BabyFaz, boleh la datang petang nie. Booth BabyFaz akan dibuka pada 5 Oct – 6 Oct 2013, dari 10am – 7pm. So, sayangku semua jemputlah datang ke booth kita dan kepada yang tak berkesempatan untuk singgah hari ni, boleh la datang esok.

Sorry sangat sayangku semua sebab baru update. Kita sibuk dengan persiapan booth BabyFaz kat sini.

Once again, thank you for all your support selama ini. Kita teramat sangat2 menghargai.

BabyFaz… It’s Private…

Live life beautifully and confidently!

BabyFaz Updates!

Assalam Sayangku Semua,

Berakhir la sudah persinggahan BabyFaz Roadshow kita di Bucida Court. Thank you so much kepada Sayangku semua yang singgah memeriahkan booth BabyFaz dan support BabyFaz. Alhamdulillah selama di Bucida Court, ramai juga sayangku yang datang , kita terharu sangat2! I love semua sayangku!

Haaa…Kepada sayangku yang jauh tak dapat nak datang, insyaallah, doakan yang terbaik untuk BabyFaz supaya bolehlah kita bukak booth kat tempat sayangku dan kepada yang dekat tapi tak sempat nak datang, it’s okay sebab BabyFaz Come Back Roadshow ni masih lagi dijalankan. So, tempat dan tarikh untuk booth yang seterusnya akan dimaklumkan selepas kita dah betul2 confirm dengan details nya nanti.

So, sayangku semua tunggu dan follow semua updates kita, okay?

Sekali lagi kita sorry sangat2 buat semua sayangku, baru hari ni dapat blogging sebab persediaan BabyFaz. Insyaallah, BabyFaz kita akan buat dan beri yang terbaik untuk sayangku semua.

Once again, thank you for all your support selama ini. Kita teramat sangat2 menghargai.

BabyFaz… It’s Private…

Live life beautifully and confidently!

Assalam Sayangku semua,

Kita nak update sikit pasal BabyFaz, Alhamdulillah semalam berjalan dengan lancar dan mudah-mudahan hari ini dan esok diberkati. Semua Sayangku dah singgah ke booth BabyFaz kat Bucida Court? Kepada yang dah pergi ke booth BabyFaz, kita nak ucapkan thank you so much dan kepada Sayangku yang belum tu, boleh la singgah tengok barang2 BabyFaz yang berada di Bucida Court. Kalau Sayangku tak tau kat mana Bucida Court tu, Kita ada sediakan alamat dan map di bawah. So, Sayangku boleh la refer dengan map tu. Booth BabyFaz akan berlangsung bermula hari ini hingga esok iaitu pada 28 September – 29 September 2013. So, if sesiapa yang nak jumpa kita, boleh la datang petang ini or esok.

Lot 2816-1, Jalan Damansara, Kg. Sungai Penchala.

Lot 2816-1, Jalan Damansara, Kg. Sungai Penchala.

Okay, kita ada sedikit pictures yang nak dikongsi dengan Sayangku semua. Picture barang2 kat booth BabyFaz. Kalau berminat, boleh la datang beramai2, kedatangan Sayang-sayangku semua kita alu-alukan sangat2! Barang2 kita semua berkonsepkan fashion lifestyle seperti baju, handbag, dress dan macam2 la. If nak tau lagi, boleh la datang. Harga barang2 kat booth BabyFaz tu semuanya dalam harga berpatutan.

Pic Barang2 kat booth BabyFazOnce again, thank you for all your support selama ini. Kita sangat2 menghargai. Walaupun kita jarang berblogging, always remember, Kita sayang awak semua.

BabyFaz… Its Private

Live life beautifully and confidently.

BabyFaz is Back!!

Assalam Sayangku semua,

Sorry sangat, lama betul tak blogging. First sekali, nak ucapkan Thank you sangat2 kat Sayangku semua yang ‘mengsupport’ karier kita dan juga BabyFaz. Walaupun kita sibuk kerja, kita tak pernah lupa BabyFaz kita ni.

Kat sini, kita nak bagitau yang BabyFaz akan berada di Bucida Court Sungai Penchala pada 28 – 29 September 2013, bersamaan hari sabtu dan ahad, dari jam 4.00 petang hingga 10.00 malam.

Bucida Court Bazaar

Kat sana nanti kita akan adakan satu booth, menjual baju dan barangan busana peribadi dan favorite kita, yang selalu kita bawak, dan gunakan semasa shooting. Kita nak memberi peluang kepada Sayangku semua untuk memiliki busana dan barangan tersebut pada harga yang amat berpatutan. Antara yang akan dijual adalah baju-baju serta aksesori yang kita pernah pakai semasa shooting cerita Vanila Coklat (sebagai Auntie Anne), Mahabbah, Iman Nabila, Bedah Tong Gas Muflis, Kisah Cinta, dan banyak lagi drama-drama TV yang telah disiarkan pada tahun 2012 dan awal 2013. Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan ini.

Dan pada Sayangku yang nak jupa kita face-to-face, kita akan berada di booth BabyFaz pada 29hb September 2013, dari pukul 6.00 petang hingga pukul 9.00 malam. Harap kita dapat berjumpa.

Thank you again for all your support selama ini. Kita sangat2 menghargai. Walaupun kita jarang berblogging, always remember, Kita sayang awak semua.

BabyFaz… Its Private

Live life beautifully and confidently.

Fazlina Dato’ Ahmad Daud dalam ‘Kisah Cinta’, slot Lestary, di TV3.

Mahligai Kaca di RTM bulan April 2013 ini.. Slot Arca..

Saksikan promo RTM 1 untuk bulan April 2013..

Ini pula adalah Credit Title untuk Drama Siri Mahligai Kaca..

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 8,452 other followers